28 Episode Telenovela Striving For A Sun mulai 20 Julai setiap hari Isnin - khamis pukul 3.00 petang di TV3 - Episode 1


Informasi terbaru 28 Episode Telenovela Striving For A Sun mulai 20 Julai setiap hari Isnin - khamis pukul 3.00 petang di TV3 - Episode 1 kami sediakan khusus untuk pembaca setia surattresna.blogspot.com, semoga informasi 28 Episode Telenovela Striving For A Sun mulai 20 Julai setiap hari Isnin - khamis pukul 3.00 petang di TV3 - Episode 1 memberikan pengetahuan lebih untuk kita semua.
TELENOVELA DRAMA THAI STRIVING FOR A SUN MULAI 20 JULAI 2010 - EPISODE 1


Sinopsis Ringkas:

Namun keindahannya tercalar akibat penyiksaan... kini dendam muncul mengembalikan sebuah kebahagiaan. Alamilah laluan cinta suci dalam telenovela Striving For A Sun mulai 20 Julai 2010 di TV3

Sinopsis Episode 1


Kisah ini bermula dengan Rangsee Suriyatid, seorang pewaris keluarga Suriyatid yang memiliki perniaggan "The Sun". Rangsee menemui Saenglaa, seorang gadis desa dalam suatu persembahan yang diadakan sewaktu promosi untuk produk Thai. Mereka menawarkan masakan Thai dan persembahan daripada perbagai muzik Thai.

Rangsee: Indahnya irama. Nama?
Saenglaa: Nama lagu itu adalah Phra Artit Ching Duang (matahari yang bermusuhan)
Rangsee: Saya bukan tanya nama lagu itu, tapi nama kamu. Nama saya Rangsee Suriyatid. Saya pemilik pusat membeli belah ini.

Saenglaa dan Rangsee kemudiannya menjalinkan hubungan tanpa mengetahui Rangsee telah bertunang dengan Parnrawee seorang gadis yang kaya dan berstatus tinggi pilihan keluarga.





Saenglaa berasa sangat sedih apabila dia mendapat tahu Rangsee akan berkahwin dengan Parnrawee kerana selama ini dia tidak tahu bahawa Rangsee telah bertunang.


Saenglaa: Khun Rangsee
Rangsee: Saenglaa! Saya dah kata akan jemput kamu di tempat biasa, apa kamu buat di sini? Jika orang lain nampak kamu, gosip akan tersebar, Saenglaa.
Saenglaa: Kamu pasti bimbang. Kamu bimbang tunang kamu akan tahu hubungan kita, kan? Berterus terang dengan saya, Khun Rangsee. Kamu akan berkahwin tidak lama lagi, kan? Betul tak?
Rangsee: Ya.


Saenglaa: Bagaimana dengan saya? Saya pula macam mana? Kenapa kamu tipu saya?
Rangsee: Saenglaa, saya tak tipu kamu. Saya betul-betul cinta kamu. Tentang Parnrawee, saya tak boleh ingkar orang tua, Saenglaa.

Saenglaa menampar Rangsee dan mengatakan padanya bahawa hidupnya telah musnah disebabkan Rangsee. Selepas itu, Saenglaa meninggalkan Rangsee dan pulang ke desa. Tidak lama kemudian, Saenglaa mendapat tahu bahawa dia telah mengandungkan anak Rangsee dan dia menjulis surat kepadanya. Kandungan surat itu adalah: ...

shiny akan terus kemas kinikan kisah Episode 1 ini pada petang ini... terus bersama shinystar.



Striving For A Sun Episode 1 Part 1


Striving For A Sun Episode 1 Part 2


Striving For A Sun Episode 1 Part 3


Striving For A Sun Episode 1 Part 4






- Dialah orangnya betultak mak? Orang yang menyebabkan kamu mati dengan sedih. Jangan bimbang, mak. Saya akan ambil balik segala milik saya. Saya nak mereka tanggung akibatnya! Untuk kamu... Bersambung dalam Episode 2 pada 21 Julai 2010 pada waktu yang sama, di TV3.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
TV3
just4sharing1 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar) Tinggalkan komentar anda tentang 28 Episode Telenovela Striving For A Sun mulai 20 Julai setiap hari Isnin - khamis pukul 3.00 petang di TV3 - Episode 1 jika anda suka dengan artikel yang kami suguhkan.

0 komentar:

Posting Komentar