Berita Konsert AF8: Konsert Minggu Ke-2 AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 27 Mac 2010 dan Debaran AF8 pada 28 Mac 2010


Informasi terbaru Berita Konsert AF8: Konsert Minggu Ke-2 AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 27 Mac 2010 dan Debaran AF8 pada 28 Mac 2010 kami sediakan khusus untuk pembaca setia surattresna.blogspot.com, semoga informasi Berita Konsert AF8: Konsert Minggu Ke-2 AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 27 Mac 2010 dan Debaran AF8 pada 28 Mac 2010 memberikan pengetahuan lebih untuk kita semua.
SILA KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI KONSERT MINGGU PERTAMA AKADEMI FANTASIA (AF8) PADA 27 MAC 2010 - TERUS UNDI PELAJAR KEGEMARAN ANDA SUPAYA MEREKA TIDAK AKAN DIUMUMKAN SEBAGAI PELAJAR YANG TERSINGKIR DALAM DEBARAN AF8 PADA 28 MAC 2010 PUKUL 9.00 MALAM
Konsert Mingguan Akademi Fantasia Musim Ke-8 pada 27 Mac 2010 pukul 9.00 WIB di Astro Ria Saluran 104

Konsert Minggu ke 2

Konsert kedua Akademi Fantasia musim kelapan telah berlangsung dengan jayanya dan telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104). Walaupun sudah dua minggu mengikuti sesi pembelajaran di akademi kebanyakkan daripada mereka dikatakan gagal menyerlah minggu ini.

Walaupun berada di zon bahaya minggu lalu, minggu ini Maulana tampil hebat berbanding pelajar-pelajar lain setelah berjaya memberikan persembahan yang memukau dengan lagu Hasrat Hati nyanyian asal ibu kandungnya S. Mariam. Namun Maulana dinasihatkan supaya menjadi lebih kreatif dalam persembahan-persembahan akan datang. Selain Maulana, Adira, Iwan dan Alif juga mendapat pujian daripada ketiga-tiga pengkritik setelah berjaya memberikan persembahan yang cukup memuaskan.

Berbeza dengan Maulana, nasib tidak menyebelahi Farina minggu ini setelah menerima kritikan hebat daripada ketiga-tiga pengkritik. Farina yang menyanyikan lagu Ketentuan nyanyian Ramlah Ram ternyata gagal menarik perhatian pengkritik sekaligus meletakkannya sebagai antara peserta yang kurang menonjol minggu ini selain Daus, Anum, Shahir, Ema dan Nad.

Berikut adalah senarai lagu tugasan bagi konsert minggu kedua:

PELAJAR LELAKI

1.ALIF-DANCE WITH MY FATHER (Luther Vandross)
2.SHAHIR-JANGAN NAKAL (Alif Satar)
3.IWAN-MENCARI KONKLUSI (Hujan)
4.MAULANA-HASRAT HATI (S.Mariam)
5.DAUS-MENATAP MATAMU (Aril)

PELAJAR PEREMPUAN

1.AIN-LAGU HAPPY (Amy Mastura)
2.FARINA-KETENTUAN (Ramlah Ram)
3.ANUM-SEKADAR DI PINGGIRAN (Franscisca Peter)
4.NAD-AKU WANITA BIASA (Kris Dayanti)
5.EMA-PAKAI BUANG (Stacy)
6.ADIRA-KU PERCAYA ADA CINTA (CT Nurhaliza)

LAGU BONUS DEBARAN
ANDAINYA AKU PERGI DULU รข€" (ALLEYCATS) (Hujan)





sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.astro.com.my
Astro Ria Saluran 104
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar) Tinggalkan komentar anda tentang Berita Konsert AF8: Konsert Minggu Ke-2 AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 27 Mac 2010 dan Debaran AF8 pada 28 Mac 2010 jika anda suka dengan artikel yang kami suguhkan.

0 komentar:

Posting Komentar