Shah merupakan pelajar pertama yang tersingkir dalam Debaran AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 22 Mac 2010 pukul 9.00 malam di Astro Ria


Informasi terbaru Shah merupakan pelajar pertama yang tersingkir dalam Debaran AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 22 Mac 2010 pukul 9.00 malam di Astro Ria kami sediakan khusus untuk pembaca setia surattresna.blogspot.com, semoga informasi Shah merupakan pelajar pertama yang tersingkir dalam Debaran AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 22 Mac 2010 pukul 9.00 malam di Astro Ria memberikan pengetahuan lebih untuk kita semua.
Debaran Akademi Fantasia Musim Ke-8 pada 21 Mac 2010 - Shah tersingkir dalam Debaran Pertama AF8 yang baru disiarkan sebentar tadi


20-Mar-2010 | Oleh: Helmi Zainal
KUALA LUMPUR, 20 MAC 2010: Konsert pertama Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi menyaksikan rata-rata pelajar gagal menyerlah dan masih terlalu takut untuk mempamerkan potensi penuh yang ada dalam diri masing-masing.

Apatah lagi, ia jelas sekali sebaik saja mendengar komen pedas dari pengkritik malam ini iaitu Aznil Hj Nawawi, Adlin Aman Ramlie dan Edry Abdul Halim yang disimpulkan kebanyakan komen ke arah penghayatan lagu dan seni persembahan di atas pentas.

Konsert pertama ini dipancarkan secara langsung melalui saluran 104 Astro Ria yang menampilkan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley sebagai pasangan hos.

Pun begitu, hanya Adira saja yang berjaya menerima pujian dari ketiga-tiga pengkritik dengan nyanyian lagu Bertamu Di Kalbu dendangan asal Jaclyn Victor. Adlin yang sebelum ini mengkritik teruk persembahan Adira pada konsert tirai memuji gadis genit ini dan menyatakan bahawa persembahan Adira sangat bagus.

Adlin mendapat sokongan Edry yang menyifatkan Adira penyanyi yang baik dan Aznil memuji penghayatan Adira dari permulaan lagu sehingga tamat.

Konsert dimulakan dengan Maulana yang membawakan lagu Extravaganza nyanyian asal Bunkface. Adlin dan Aznil menyifatkan Maulana masih terlalu 'control' di pentas. Shahir mengambil alih persembahan selepas Adira menerusi Khatimah Cinta (6ixth Sense) dan ternyata penghayatan Shahir untuk lagu ini mendapat pujian cuma 'energi' beliau tidak kesampaian menurut Adlin.

Nad seterusnya muncul dengan lagu ERT (Farah Asyikin) tetapi bernasib malang kerana persembahan beliau agak mengecewakan sehingga Edry menyifatkan persembahan Nad terlalu mendatar dan mengharapkan sesuatu yang 'lebih' dari Nad.

Daus pula meneruskan konsert dengan lagu popular masa kini, Cari Jodoh nyanyian Wali Band. Namun, kesempatan yang diberikan kepadanya gagal dimanfaatkan Daus sehingga anak muda dari Kuching Sarawak ini tenggelam dengan lagu 'catchy' tersebut. Malah, Aznil menasihatkan agar Daus mengkaji dan bangkit di minggu depan.

Giliran Farina tampil dengan lagu Paparazi dari Lady Gaga disifatkan Aznil dan Adlin bahawa Farina nampak terlalu 'baik' untuk lagu ini sedangkan ia memerlukan penyanyi bersifat aggresif dan 'nakal'. Suara unik Alif kemudian berjaya menarik perhatian Edry dengan lagunya Kau Aku (Aizat) walaupun dinasihatkan agar berpenampilan lebih 'macho'.

Persembahan Anum dengan melalui Aku Tak Percaya Cinta (Liyana Jasmay) pula dikritik Adlin dan Edry. Pun begitu, Aznil menyukainya dan mengkategorikan Anum kelihatan 'cute' dengan lagu tersebut. Shah dengan lagu Bengang (Akim) juga kemudian dikritik hebat dan Aznil mengatakan emosi Shah untuk lagu ini bukan lagi bengang, sebaliknya sudah putus asa.

Ain yang menjadi pilihan minggu lalu pada konsert tirai, gagal menyerlah pada minggu ini dengan Hey Ladies (Rossa) kecuali vokalnya yang masih mendapat perhatian tetapi tiada titik fokus dari pandangan Adlin. Manakala Aznil pula mendapati penari lebih terserlah berbanding Ain sendiri.

Ema dengan lagu Yang Terbaik nyanyian Marsha menurut Adlin adalah satu persembahan yang 'ok' dan tiada gangguan cuma Aznil menasihatkan Ema perlu lebih peka dengan persembahan kerana dia nampak kebudak-budakan di atas pentas.

Iwan menjadi pelajar terakhir membuat persembahan dengan lagu Havent Met You Yet (Micheal Buble) namun hanya kelihatan hebat pada permulaan lagu dan gagal mengekalkan tempo sehingga kelihatan mendatar. Konsert diakhiri dengan lagu sekolah Akademi Fantasia dari 12 orang pelajar iaitu Menuju Puncak.

Nantikan keputusan siapa pelajar bakal tersingkir malam esok dalam Debaran AF yang dikendalikan Sarimah Ibrahim pada jam 9 malam.
sumber: http://www.murai.com.my


Debaran pertama Akademi Fantasia Musim Ke-8 pada 21 Mac 2010 Part 1


Debaran pertama Akademi Fantasia Musim Ke-8 pada 21 Mac 2010 Part 2


Debaran pertama Akademi Fantasia Musim Ke-8 pada 21 Mac 2010 Part 3

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.murai.com.my
Astro Ria Saluran 104
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar) Tinggalkan komentar anda tentang Shah merupakan pelajar pertama yang tersingkir dalam Debaran AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 22 Mac 2010 pukul 9.00 malam di Astro Ria jika anda suka dengan artikel yang kami suguhkan.

0 komentar:

Posting Komentar