Ema merupakan pelajar kedua yang tersingkir dalam Debaran AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 28 Mac 2010 pukul 9.00 malam di Astro Ria


Informasi terbaru Ema merupakan pelajar kedua yang tersingkir dalam Debaran AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 28 Mac 2010 pukul 9.00 malam di Astro Ria kami sediakan khusus untuk pembaca setia surattresna.blogspot.com, semoga informasi Ema merupakan pelajar kedua yang tersingkir dalam Debaran AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 28 Mac 2010 pukul 9.00 malam di Astro Ria memberikan pengetahuan lebih untuk kita semua.

Debaran Akademi Fantasia Musim Ke-8 pada 28 Mac 2010 - Ema tersingkir dalam Debaran Kedua AF8 yang baru disiarkan sebentar tadi setelah diumumkan sebagai salah seorang pelajar yang mempunyai undian yang paling rendah pada permulaan dan penghujung rancangan

Tangisan Rakan Iringi Pemergian Ema

28-Mar-2010 | Oleh: Helmi Zainal

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2009: Kedudukan undian yang sentiasa berada di kelompok tiga terbawah sejak awal minggu sehingga konsert semalam, nyata merupakan petanda awal buat Ema yang diumumkan sebagai pelajar kedua tersingkir dalam Debaran AF sebentar tadi.

Pengumuman penyingkiran dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Ema atau nama sebenarnya Erma Suhaima, 21, berasal dari Ranau, Sabah menerima undian terendah berbanding 10 pelajar dan ini menyebabkan beliau terpaksa mengangkat kaki meninggalkan rakan-rakan serta adiknya sendiri, Adira meneruskan perjuangan dalam Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8). Pemergian Ema nyata sukar diterima oleh rakan-rakanya yang lain kerana kelihatan hampir semua gagal mengawal emosi sehingga menitiskan air mata di atas pentas.

Turut menerima undian terendah di atas Ema ialah Ain serta pelajar terbaik pilihan pengetua dalam konsert kedua semalam, Maulana. Kedudukan tersebut sedikit berubah berbanding pada awal rancangan di mana Sarimah mengumumkan bahawa tiga pelajar yang menerima undian terendah sebelumnya adalah Ain, Ema dan Shahir.

Dengan penyingkiran itu, kini hanya tinggal 10 pelajar bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip AFUNDI NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999.
sumber: http://www.murai.com.my

Video klip Debaran Kedua AF8 pada 28 Mac 2010


Debaran Kedua AF8 pada 28 Mac 2010 Part 1 - 3 Pelajar yang berada di zon bahaya


Debaran Kedua AF8 pada 28 Mac 2010 Part 2


Debaran Kedua AF8 pada 28 Mac 2010 Part 3


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.murai.com.my
Astro Ria Saluran 104
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar) Tinggalkan komentar anda tentang Ema merupakan pelajar kedua yang tersingkir dalam Debaran AF8 (Akademi Fantasia Musim Ke-8) pada 28 Mac 2010 pukul 9.00 malam di Astro Ria jika anda suka dengan artikel yang kami suguhkan.

0 komentar:

Posting Komentar